Posts

Showing posts from 2016

KU PILIH SENDIRI

Image

~AKHIRNYA

Image

AKU BULAN DI BALIK AWAN

Image
~Aku Bulan Di Balik Awan

KELELAHAN

Image

RINDU

Image

RAYYAN IDRAKI REDZA

Image

JENGKEL

Image

MEROMOK

Image

MENANTI KELIBAT BAHAGIA

Image

AKU TEGA BUTA

Image

SENGSARA RINDU

Image

MENCARI PENGAKHIRAN

Image

IMPIAN RERAMA

Image

ZAHIRKAN SYUKUR

Image

DUNIA NAN MENGECIL

Image

LUKA KECIL

Image

AKU PERSIS SENJA

Image

PUISI SYUKUR

Image

ANGIN MALAM

Image

MAHU SENDIRI

Image
Separuh kaca, diisi dengan air putih. Di dasarnya ada butir-butir kristal, berwarna biru. Ditempias sinar mentari, pijar menguning. Mata melihat warna kaca, seakan bertukar kehijauan. Hijau itu kegemaranku. Aku mahu ia lebih asli, ku sisipkan rumpai di celahan Kristal. Aku mahu ia lebih hidup, ku lepaskan seekor ikan laga. Ada yang bertanya, seekor ia kesunyian. Suaraku..ikan laga boleh berteman, tetapi di kaca yang berasingan. 9 Mac 2016

BAHAGIA

Image

GAGAK HITAM

Image

PUJANGGA

Image
Aku sering membicarakan tentang alam Alam tidak pernah berpaling Setia melagukan nyanyian unggas Rerama berkepak pelangi Lelabah memanjat dinding Sarangnya dianyam indah Tentera semut berkawad rajin Ke hulu ke hilir Tidak gagal menyapa Segalanya ditatap rapi Menemani diri tersendiri Menghayati sepi Menukil kata metafora jiwa Persona anggun Membahasakan diri sebagai Pujangga Akulah pujangga! Mengajar remaja menulis puisi-location:Sedim Rainforest Resort, Kulim,Kedah

AIR DI TELAPAK TANGAN

Image
Ku susuri denai, Menurut aliran air, Arusnya laju menderu, Memusar mengelilingi batu. Aku singgah duduk di pelantar batu kikir, Sejuk gedinya terasa, Menyirap seluruh pancaindera, Ku raup air. Ia kelihatan jernih, Bertakung membias awan, Dari kaca mata tercermin, Bayangan wajah sendiri.. Sedang dalam kesempitan, Namun bisa mentafsir ketenangan.
Image
Wahai Dunia Nan Berjiwa.. Kebahagiaan itu bagaikan benih bunga yang tertanam dan belum mekar tetapi kemekaran itu akan berlaku jua. Maka, hiburkanlah hatimu dengan berkata "semoga".  Titipan kata di atas merujuk kepada perasaan bahagia yang kebanyakan individu tidak dapat mendefinisikannya dengan sempurna berikutan jauh di sudut hati..punya jiwa yang masih berantakan dan tidak tenang. Masalah lama yang masih bergumpal di dalam jiwa dan tiada jalan kesudahan kerana hati itu masih sakit..hati itu masih menaruh harapan dan impian untuk membalik waktu silam...seringkali mengatakan penyesalan kerana tindakan semalam yang dirasakan tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan. Menyesal yang tiada kesudahan. Menyalahkan orang lain dan rasa terbeban. Hati tidak dapat memaafkan sesiapapun...dalam diam individu ini berantakan dan tidak tenang...akhirnya dalam tidak sedar dia sedang menyimpan dendam. Lalu, dia merasakan tiada bahagia dalam kantung ceritera hidupnya.  Wahai Dun

OMBAK DAN PANTAI

Image

MATA

"Bila mata kita dapat menyampaikan beberapa maksud di antara kita, padahal kita diam sahaja, lalu udaralah yang berbicara" Pernahkah kalian berada dalam perihal keadaan sebegini?

A woman is a reflection of her man

Image

CINTAKU IBARAT SENJA

Image

RAUT CERIA

Salam bahagia buat dunia nan berjiwa.. Tika ini, Tiada tersedia secangkir kopi.. Jiwa kalut mahu melunaskan kata-kata.. Bait-bait puisi dari kantung semalam.. Sejak beberapa hari yang lalu, Puas membawa diri.. merehatkan kepak pelangi.. Hari ini menjengah ceria, Walau raut ceria samar terlindung di balik kelopak mata.. Kelopak menakung sinar.. Menduga di hadapan punya kedamaian.

CATATAN MATLUTFI : ILLUSI BAHAGIA

First time on earth, Dewi Kartini habiskan bacaan bukunya dalam masa 3 hari sahaja..HEBAT!! Buku Catatan Matlutfi yang kandungan ceriteranya sangat "deep" dan bersari pedoman dan teladan. Worth to own! Selalunya seseorang pembaca itu akan mendokong emosi dan konklusi yang ada di pengakhiran penulisan sesebuah buku...terutamanya Dewi Kartini. Itu betul!! Hmmp...di awal catatan beliau, setiap satunya penuh dengan sarcasm dan humors yang extremely hillarious. Tak tau nak cakap sama ada Dewi Kartini dah lama tak ketawa atau memang ceritanya itu sangat kelakar...am not sure about it but you should read it then. LAUGHTER HAS INTENSIFIED ONE'S LOVED BANK... gitu!! Buktinya, walaupun terima text wassap daripada seorang sahabat yang berjiwa pincang; dia masih boleh melayan sahabat itu dengan baik sekali…sampai sahabat tu tanya awat hampa baikk sangat dengan kami!! Haha..terpesona gitu!! JATUH CINTA?? Mungkin tidak…haha Tetapi yang tak best nyer..Di akhir-a

MENYUJI CINTA

Aku seperti adanya aku, Hari ini dan semalam, Membias duka dan kecewa. Hari-hari mendatang, Ku iringkan doa, Mahu diri lebih bahagia, Berada dalam kuncupan lembayung bunga. Berbicara tentang cinta, Bagai menyuji sejambak bunga, Walau tidak pandai bersulam, Galak hati mahu mencuba, Pingin menghasilkan sebentang seperah, Begitu jua dalam bercinta, Mana mungkin tahu tanpa melaluinya, Rasa sebenar kemanisan ia, Variasi diksi menterjemah metafora jiwa. Khayalan sketsa, Cinta itu indah.  Sekadar membawa percaya, Mitos Cinta, Persis melihat hidupan laut biru.. di dalam kotak kaca.

SI HELANG KOKO

Image
Pulau Langkawi,Malaysia Langit menyapa indah, Ku dongak berkali-kali, Kali ke berapa entah, Aku memaku mata, Ku lihat seekor unggas, Di langit tinggi, Sendirian.. Ia terbang melintasi dua gunung, Mengepak laju tiada henti, Tidak berkebil aku, Hati memikir spesis apakah unggas itu? Menyaksikan unggas itu lagi, Sayap ditebar sedikit lama, Jawapan meredam.. kini berjawab pasti, Unggas itu si helang koko. 28 Februari 2016 02:10 am

SEMARAK CINTA DEWI KARTINI DALAM BERKARYA

SITI ZAINON Siti Zainon.. Persona anggun.. Aku kagum.. Aku jatuh cinta.. Di sangkala matahari sedang bekerja.. Sayu membaca nukilanmu Wadah menusuk alur hati ku Terasa dekat sekali. Kau dendang ia Sungguh merdu Aku terpegun Terpukau mengamati persembahan itu Ku impikan.. Ku bisa menari sepertimu. Sesungguhnya.. Orkestra jiwamu Sangat indah. Air mata ini menitis Menangisi kisah mu yang payah Janganlah bersedih, itulah kedupan! 14 Februari 2016 15.23 pm

Salam Perkenalan Daripada Dewi Kartini

Dewi Kartini atau nama sebenarnya Ida Dewi Kartini Ali Bt. Abdul Halim berbesar hati mahu dikenali dalam dunia penulisan. Dilahirkan pada 5 Mei 1984 di negeri Cik Siti Wan Kembang dan membesar dengan jiwa puitis. Gemar mengisi masa lapang dengan membaca di kedai kopi, menari dan berenang. Mendambakan diri dikenali sebagai Sang Rama-rama yang ‘berkepak pelangi’ yang mahu menghinggap setiap kuntuman hati insan-insan yang dikenali dan mengenalinya dengan menghasilkan secangkir madu yang manisnya bisa memberi makna besar tentang pentas kehidupan. Dewi Kartini meniti hidup sebagai seorang wanita yang mahu rasa bahagia dengan mengajar insan-insan yang didekatinya tentang menghargai titik-titik kecil dalam pola kehidupan dan kuasa minda para sedar. Demikian, Dewi Kartini mencetuskan blog ini kerana minatnya dalam penulisan metaforikal. Selama ini sekadar berkongsi puisi di laman sosial dan di pentas persembahan. Beliau sedang berkhidmat di Bahagian Kaunseling dan Psikologi

Membuka Kepak Pelangi

Wahai Dunia Nan Berjiwa.. Bersedia aku Membuka kepak pelangi Merai cinta Mengajar erti cinta Bukan setia Di sini adanya Bersambut salam Mengukir definisi bahagia Buat khalayak pujangga atau kalian yang mahu berjiwa bahagia Berkias dalam bahasa Menggarap pedoman hidup Memberi penghidupan Jiwa lara Bukan sia-sia Segalanya membingkis ilmu Langkah pertama Niat kerana Tuhan!