MENYUJI CINTA
Aku seperti adanya aku,
Hari ini dan semalam,
Membias duka dan kecewa.
Hari-hari mendatang,
Ku iringkan doa,
Mahu diri lebih bahagia,
Berada dalam kuncupan lembayung bunga.
Berbicara tentang cinta,
Bagai menyuji sejambak bunga,
Walau tidak pandai bersulam,
Galak hati mahu mencuba,
Pingin menghasilkan sebentang seperah,
Begitu jua dalam bercinta,
Mana mungkin tahu tanpa melaluinya,
Rasa sebenar kemanisan ia,
Variasi diksi menterjemah metafora jiwa.
Khayalan sketsa,
Cinta itu indah.
Sekadar membawa percaya,
Mitos Cinta,
Persis melihat hidupan laut biru..
di dalam kotak kaca.
Hari ini dan semalam,
Membias duka dan kecewa.
Hari-hari mendatang,
Ku iringkan doa,
Mahu diri lebih bahagia,
Berada dalam kuncupan lembayung bunga.
Berbicara tentang cinta,
Bagai menyuji sejambak bunga,
Walau tidak pandai bersulam,
Galak hati mahu mencuba,
Pingin menghasilkan sebentang seperah,
Begitu jua dalam bercinta,
Mana mungkin tahu tanpa melaluinya,
Rasa sebenar kemanisan ia,
Variasi diksi menterjemah metafora jiwa.
Khayalan sketsa,
Cinta itu indah.
Sekadar membawa percaya,
Mitos Cinta,
Persis melihat hidupan laut biru..
di dalam kotak kaca.
Comments
Post a Comment