Wahai Dunia Nan Berjiwa.. Kebahagiaan itu bagaikan benih bunga yang tertanam dan belum mekar tetapi kemekaran itu akan berlaku jua. Maka, hiburkanlah hatimu dengan berkata "semoga". Titipan kata di atas merujuk kepada perasaan bahagia yang kebanyakan individu tidak dapat mendefinisikannya dengan sempurna berikutan jauh di sudut hati..punya jiwa yang masih berantakan dan tidak tenang. Masalah lama yang masih bergumpal di dalam jiwa dan tiada jalan kesudahan kerana hati itu masih sakit..hati itu masih menaruh harapan dan impian untuk membalik waktu silam...seringkali mengatakan penyesalan kerana tindakan semalam yang dirasakan tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan. Menyesal yang tiada kesudahan. Menyalahkan orang lain dan rasa terbeban. Hati tidak dapat memaafkan sesiapapun...dalam diam individu ini berantakan dan tidak tenang...akhirnya dalam tidak sedar dia sedang menyimpan dendam. Lalu, dia merasakan tiada bahagia dalam kantung ceritera hidupnya. Wahai Dun...