Salam Perkenalan Daripada Dewi Kartini

Dewi Kartini atau nama sebenarnya Ida Dewi Kartini Ali Bt. Abdul Halim berbesar hati mahu dikenali dalam dunia penulisan. Dilahirkan pada 5 Mei 1984 di negeri Cik Siti Wan Kembang dan membesar dengan jiwa puitis.

Gemar mengisi masa lapang dengan membaca di kedai kopi, menari dan berenang. Mendambakan diri dikenali sebagai Sang Rama-rama yang ‘berkepak pelangi’ yang mahu menghinggap setiap kuntuman hati insan-insan yang dikenali dan mengenalinya dengan menghasilkan secangkir madu yang manisnya bisa memberi makna besar tentang pentas kehidupan.


Dewi Kartini meniti hidup sebagai seorang wanita yang mahu rasa bahagia dengan mengajar insan-insan yang didekatinya tentang menghargai titik-titik kecil dalam pola kehidupan dan kuasa minda para sedar. Demikian, Dewi Kartini mencetuskan blog ini kerana minatnya dalam penulisan metaforikal.

Selama ini sekadar berkongsi puisi di laman sosial dan di pentas persembahan. Beliau sedang berkhidmat di Bahagian Kaunseling dan Psikologi di salah sebuah rumah perlindungan kanak-kanak hak milik kerajaan. Kebanyakan dalam ceramah dan bengkel yang dikendalikan beliau, konsep pemikiran metafora adalah menjadi kegemaran beliau dalam mengajar audien untuk berfikir dan menguruskan emosi.

Comments