MAHU SENDIRI

Separuh kaca,
diisi dengan air putih.
Di dasarnya ada butir-butir kristal,
berwarna biru.

Ditempias sinar mentari,
pijar menguning.
Mata melihat warna kaca,
seakan bertukar kehijauan.

Hijau itu kegemaranku.
Aku mahu ia lebih asli,
ku sisipkan rumpai di celahan Kristal.
Aku mahu ia lebih hidup,
ku lepaskan seekor ikan laga.

Ada yang bertanya,
seekor ia kesunyian.
Suaraku..ikan laga boleh berteman,
tetapi di kaca yang berasingan.


9 Mac 2016

Comments