Posts

Showing posts from February, 2016

MENYUJI CINTA

Aku seperti adanya aku, Hari ini dan semalam, Membias duka dan kecewa. Hari-hari mendatang, Ku iringkan doa, Mahu diri lebih bahagia, Berada dalam kuncupan lembayung bunga. Berbicara tentang cinta, Bagai menyuji sejambak bunga, Walau tidak pandai bersulam, Galak hati mahu mencuba, Pingin menghasilkan sebentang seperah, Begitu jua dalam bercinta, Mana mungkin tahu tanpa melaluinya, Rasa sebenar kemanisan ia, Variasi diksi menterjemah metafora jiwa. Khayalan sketsa, Cinta itu indah.  Sekadar membawa percaya, Mitos Cinta, Persis melihat hidupan laut biru.. di dalam kotak kaca.

SI HELANG KOKO

Image
Pulau Langkawi,Malaysia Langit menyapa indah, Ku dongak berkali-kali, Kali ke berapa entah, Aku memaku mata, Ku lihat seekor unggas, Di langit tinggi, Sendirian.. Ia terbang melintasi dua gunung, Mengepak laju tiada henti, Tidak berkebil aku, Hati memikir spesis apakah unggas itu? Menyaksikan unggas itu lagi, Sayap ditebar sedikit lama, Jawapan meredam.. kini berjawab pasti, Unggas itu si helang koko. 28 Februari 2016 02:10 am

SEMARAK CINTA DEWI KARTINI DALAM BERKARYA

SITI ZAINON Siti Zainon.. Persona anggun.. Aku kagum.. Aku jatuh cinta.. Di sangkala matahari sedang bekerja.. Sayu membaca nukilanmu Wadah menusuk alur hati ku Terasa dekat sekali. Kau dendang ia Sungguh merdu Aku terpegun Terpukau mengamati persembahan itu Ku impikan.. Ku bisa menari sepertimu. Sesungguhnya.. Orkestra jiwamu Sangat indah. Air mata ini menitis Menangisi kisah mu yang payah Janganlah bersedih, itulah kedupan! 14 Februari 2016 15.23 pm

Salam Perkenalan Daripada Dewi Kartini

Dewi Kartini atau nama sebenarnya Ida Dewi Kartini Ali Bt. Abdul Halim berbesar hati mahu dikenali dalam dunia penulisan. Dilahirkan pada 5 Mei 1984 di negeri Cik Siti Wan Kembang dan membesar dengan jiwa puitis. Gemar mengisi masa lapang dengan membaca di kedai kopi, menari dan berenang. Mendambakan diri dikenali sebagai Sang Rama-rama yang ‘berkepak pelangi’ yang mahu menghinggap setiap kuntuman hati insan-insan yang dikenali dan mengenalinya dengan menghasilkan secangkir madu yang manisnya bisa memberi makna besar tentang pentas kehidupan. Dewi Kartini meniti hidup sebagai seorang wanita yang mahu rasa bahagia dengan mengajar insan-insan yang didekatinya tentang menghargai titik-titik kecil dalam pola kehidupan dan kuasa minda para sedar. Demikian, Dewi Kartini mencetuskan blog ini kerana minatnya dalam penulisan metaforikal. Selama ini sekadar berkongsi puisi di laman sosial dan di pentas persembahan. Beliau sedang berkhidmat di Bahagian Kaunseling dan Psikologi

Membuka Kepak Pelangi

Wahai Dunia Nan Berjiwa.. Bersedia aku Membuka kepak pelangi Merai cinta Mengajar erti cinta Bukan setia Di sini adanya Bersambut salam Mengukir definisi bahagia Buat khalayak pujangga atau kalian yang mahu berjiwa bahagia Berkias dalam bahasa Menggarap pedoman hidup Memberi penghidupan Jiwa lara Bukan sia-sia Segalanya membingkis ilmu Langkah pertama Niat kerana Tuhan!