The Tears of Painting by Elham (gambar dipetik dari Harian Metro 18112016) Saya tertarik untuk menulis tentang wanita dan kesedihan. Kesedihan yang dirundung segenap wanita apabila dia sedar dirinya terlalu kompleks untuk difahami dan dipuaskan. Sebetulnya, wanita turut memahami dirinya sendiri punya pelbagai karenah yang seringkali mahu dielakkan oleh segolongan lelaki. Lelaki kebiasaannya tidak mahu menghadangi perihal karenah wanita yang kompleks itu. Lumrah semulajadi kehidupan wanita memerlukan lelaki. Begitu juga sebaliknya. Sesungguhnya ,wanita dan lelaki saling memerlukan. Walau dilihat sekental manapun seseorang wanita itu menjalani hidupnya sendirian tanpa adanya suami atau bertemankan lelaki; di sudut terporok dalam sanubarinya pasti turut mengeluh kesunyian tanpa teman yang bernama lelaki. Maka, untuk merealisasikan satu perjalanan hidup dengan daya bersama di antara wanita dan lelaki, ikatan perkahwinan sudah tentunya platform yang benar untuk menyatukan mereka, n